Sunday, August 8, 2010

Ku mencari...

Puas sudah,
ku cari kebahgiaan..
disisi teman-teman
ku dapat hanya kelalaian..

Ku cari lagi..
di hati seorang kekasih,
ku dapat hanya kekecewaan..
dan aku terus mencari..
meniti hari..
penuh kekosongan..

oh, dimana lagi ku harus mencari..
membawa sekeping hati..
yang sarat kerinduan..
rindu yang tiada haluan..

aku keliru sendiri,
apa yang ku cari,
apa yang ku perlukan,
aku masih tidak bisa mengerti..
yang pasti,
kekosongan hati ini minta diisi..

sejenak ku tersedar,
aku mencari cinta agung
buat jiwaku yang merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegelapan
melimpah cemerlang mengisi kekosongan

ku sedar,
destinasi pencarianku disini,
ku mencari -Mu Tuhan,
mengharap keredaan,
menagih kebahgiaan,
dan sinar cahaya iman..

-solusi- FSN

Tuesday, July 27, 2010

flashback...

Lama betul tidak menulis di ruang blog..disebabkan tuntutan kerja yang menggunung..dan ini adalah blog yg kedua aku..selepas blog yg pertama ditutup dan akhirnya terlupa password..
hehhe..dan inilah blog aku yg baruuu..hurmm..
kejadian demi kejadian berlaku akhir2 ini..dan kenangan silam kembali terusik..


5 thn yg lalu :sekitar pertengahan tahun 2005...



aku : Kenapa buat org mcmni..apa yg sbnrnya berlaku disana smpai menyebabkan awk menjauhkan diri?

dia (1): (diam...sepi..)...tiada apa2..

aku : habis tu? kenapa awk makin berubah...msg pon krg..call apetah lg..

dia (1) :(diam..sepi)..awk betol2 nk tahu hal sbnr?

aku: apadia?

dan ketika ini betol2...lagu Tony Braxton- unbreak my heart kedengaran berkumandang dari bilik housemate..

dia (1) : Saya nk mintak putus..kita tak sehaluan..awk terlalu baik utk saya..

aku: apekahh ini? (terkejut) sandiwara apakah ini?

dia(1) : saya serius..


bolehkah anda bayangkan apakah perasaan aku ketika itu? rs bagaikan dihiris..sakitnya Allah shaja yang tahu..dan setelah diselidiki..benar, beliau sudah ada org lain di sana..dan aku ditipu hidup2 selama setahun..dia sudah berpacaran dengan wanita trsebut selama sethn..mashaAllah..ujian apakah ini? pada usia 21 thn ketika itu, diberi ujian sebegitu rupa mmg memeritkan..dan ketika itu juga aku sedang bersiap2 untuk menempuh peperiksaan semester..subhanallah..aku menangis semahu-mahunya..dan berlari kearah roommate .memeluknya sekuat hati..untuk mencari kekuatan..lemah longlai..org yg menjadi sebahagian dari diri pergi begitu shj tanpa berpaling...


Air mata sahaja yang menjadi pendamping..seorang yg riang ria bertukar menjadi pendiam dan penyedih..makanan tidak dijamah...dan aku lari ke kuala lumpur (Ketika itu aku belajar di johor) berjumpa dengan sepupu (kerry n fieda)...mereka inilah yg menolong aku mengurangkan kesedihan yg bertepu di hati.untuk menggembirakan hati, mereka membawa aku ke berjaya times square..dan disitu..aku menangis dalam ketawa..smpikan muntah2...hati didalam menangis pilu...aku kembali ke kampus meneruskan kehidupan yg tidak begitu gembira..menghabiskan semester itu..dan alhamdulillah..pointer tidak menurun....aku menempuh hari2 seterusnya dengan sabar..berat badan makin susut..


sehinggalah...pada suatu hari.......